Wednesday, March 21, 2012

Tong Gas hok paling ringan




Teringat maso dulu dulu duk main dan bokojo nga mugo nie .....wakakakakaka. GGA



FAIDHI Holdings Sdn Bhd (Faidhi Holdings), syarikat tempatan pertama yang mengeluarkan silinder gas LPG komposit akan memasarkan sejumlah 500,000 unit keluaran produk berkenaan menjelang awal tahun depan.

Presidennya, Abu Talib Abu berkata, pengeluaran silinder gas LPG berkenaan akan dilakukan di kilang berkapasiti rendah seluas 20.2 hektar di Pulau Carey, Selangor dalam tempoh tujuh hingga lapan bulan lagi.


“Keluaran pertama hanya akan dipasarkan di sekitar Lembah Klang, memandangkan kapasiti pengeluaran yang terhad di kilang berkenaan iaitu 50,000 unit sebulan dan kami menjangkakan pasaran akan dikembangkan selepas kilang kedua yang berkapasiti tinggi beroperasi mulai tahun depan.

“Kilang berkapasiti tinggi ini mampu menghasilkan tiga juta silinder gas LPG komposit setahun dan mampu memenuhi keperluan pengguna di seluruh negara,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Silinder gas LPG Komposit 1Malaysia yang diperbuat daripada gentian kaca di Putrajaya, semalam.


Pelancaran disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Hadir sama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Naib Presiden Faidhi Holdings, Hasrul Hisham Kassim dan Pengarahnya, Mohd Faidhi Fareez Abu Talib.


Pada majlis itu, Faidhi Holdings turut menandatangani perjanjian persefahaman dengan Perfect Illusion Corp Sdn Bhd, yang dilantik sebagai pengedar utama silinder berkenaan di Lembah Klang dan Putrajaya.

Selain itu, syarikat berkenaan menandatangani perjanjian dengan syarikat dari Korea, Creative Engineering Service Company Limited untuk membangunkan kilang pengeluaran di negara ini.


Abu Talib berkata, kilang berkapasiti rendah dibina dengan kos antara RM25 juta hingga RM30 juta termasuk modal pusingan, sementara kos pembinaan kilang berkapasiti tinggi mencecah RM300 juta kerana ia menggunakan teknologi tinggi.

Menurutnya, harga yang ditawarkan syarikat berkenaan lebih murah berbanding produk sedia ada di pasaran ketika ini, namun kos sebenar akan ditentukan kelak selepas mengadakan perbincangan dengan KPDNKK.


Katanya, pengeluaran produk berkenaan dihasilkan menerusi pemberian geran berjumlah RM800,000 daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), selain dana permulaan perniagaan sebanyak RM5 juta daripada Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC).


“Kami sudah memulakan kajian dan penyelidikan sejak 2005 sebelum menghasilkan prototaip pertama dan sebanyak RM3.3 juta sudah dilaburkan untuk tujuan itu.


“Peruntukan yang besar diperlukan untuk menghasilkan produk berkualiti dengan harga berpatutan,” katanya.


Silinder gas LPG komposit keluaran Faidhi Holdings yang direka khas anak tempatan hanya seberat 4.7 kilogram (kg) dan sesuai untuk digunakan sama ada di rumah, aktiviti riadah atau industri.


Lebih penting, ia turut dilengkapi ciri keselamatan dengan setiap silinder dipasang cip pintar bagi mengelakkan ia diseludup.


Silinder ini menggunakan komposit sebagai bahan asas yang diiktiraf sebagai bahan pembuatan yang dipercayai dari segi kualiti dan keselamatannya.


Papa HenZ

No comments:

Post a Comment